Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

■Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

■Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

■Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?

■Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

■Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

■Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

■Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

■Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

■Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

■Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

1.Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

2.Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

3.Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Man Nock : Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada DS Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.

Sumber:

1.Apa itu Lynas?
2.National Geographic: Rare Earth Elements

Copy:Aans.blogspot

Posted with WordPress for BlackBerry.

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. ORANG PEREMPUAN YG TIDAK MENUTUP AURAT.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Mungkin tanpa kita sedar ada diantara kawan-kawan kita, saudara-mara kita tergolong di dalam golongan seperti tersebut di atas..

Atau mungkin juga diri kita. Seringkali kita terdengar dialog mereka yang tidak bertudung “aku tak pakai tudung pun, aku tak pernah tinggal solat, so aku lebih baik dari orang yang solat, kalau solatnya pun tunggang langgang”.

Pernah tak mereka terfikir bahawa solat yang didirikan hanya lah sia-sia jika ia tak diterima oleh Allah. Tapi, aurat perempuan bukanlah hanya rambut, tapi seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Oleh yang demikian, marilah kita menutup aurat secara sempurna. Solat adalah tiang agama, jika solat pun tak terjaga, bagaimana dengan amalan yang lain nya?

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”

(Tabyinul Mahaarim)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

 

Sumber:  http://blogtokwan.blogspot.com/

Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku merayu pada ayah
Jangan tinggalkan kami

Kerana kami sayangkan ayah
Ayahku pergi berjuang
Demi cinta yang murni
Menegak kebenaran
Di muka Bumi
Berlakunya kisah di pondok kecil

(Chorus:)
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

(Ulang Chorus)

Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Airmata mengalir
Hatiku pilu

Diam-diamlah sayang
Jangan menangis
Doakan ayah semoga sejahtera

Diam adikku sayang
Jangan menangis
Walaupun ayah gugur
Pastinya dia syahid

(Chorus)

Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah

Duhai adikku sayang
Jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasih-Mu

Anak Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu..

Amalan cukur jambul merupakan amalam dan adat resam masyarakat melayu di Malaysia., ada pendapat yang mengatakan amalam ini di buat selepas 40 hari yakni tempoh berpantang si Ibu, ada yang mengatakan sunat pada hari ke tujuh.. tetapi adalah sunnah jika mencukur keseluruhan rambut bayi dan kemudian rambut itu ditimbang dengan harga emas semasa.. dan dengan harga itu kita buat lah sedekah kepada fakir dan anak2 yatim..

Upacara ini baru aku lalui dengan ceria pada 23.12.2011 baru2 ini, dimulakan dengan berzanji memuji rasullullah s.a.w. agak menarik upacara itu kerana ada sorang tua ni bersyair bahasa melayu memuji Nabi Muhammad S.a.w. tidak sempat aku merakam video.

Kemudian selepas berzanji aku diarah kan untuk membawa anak keliling kumpulan berzanji untuk gunting rambut sedikit terutama pada ustaz2 dan pakcik2 otai.. sekarang ‘Zahra’ dah botak hehehe..kelakar juga rupa anak aku ini botak kepala tapi comel…tu yang buat rindu tu..sbb bini masih berpantang di kampung halamannya di Kemaman. Aku di KL… isk isk

This slideshow requires JavaScript.

 

 

Demam kuning adalah perkara biasa apabila bayi dilahirkan.. Pernah aku berbual dengan seorang ustaz, dia cakap itu sebenarnya proses pertukaran hawa dari perut ibu ke alam sebenar.. Bayi sedang menyesuaikan diri sebenarnya, tetapi demam ini di ketogori kan bahaya jika melebihi tahap yang dibenarkan..mengikut istilah moden, demam kuning ini akan menyebabkan kecacatan otak jika di biarkan tanpa berubat.

-Cara perubatan moden-

Baby akan di jemur oleh cahaya ultra ungu or ultra violet beberapa hari untuk menurun kn tahap kekuningan, darah baby akan di ambil setiap hari untuk pantauan oleh doctor. Selain itu baby mestilah di susu kan oleh ibunya setiap sejam ke dua jam sekali.. Di galakkan susu badan ibu kerana amat berkhasiat untuk baby bagi membantu proses pemulihan dengan lebih cepat.

-Cara perubatan tradisional-

Masyarakat melayu khususnya mempunyai beberapa bahan semula jadi sebagai ubat demam ini.

Cth:-

Anggur hitam
Tebu hitam
Bunga kuning
Sengkuang cina.

Cara2
-Anggur hitam di pecahkan sedikit dan airnya diberi kepada baby..oleskan pada bibir supaya baby boleh jilat.

-Tebu hitam airnya dibuat minum sedikit pada baby

-Bunga kuning dihancurkan dan airnyanya di lumur pada badan baby.

-Sengkuang cina airnya diberi minum sedikit pada baby @ ianya di rebus dan airnya diberi minum baby sedikit dan isinya ibu makan..

-Dijemur di bawah matahari pagi ketika fajar menjelang, ketika itu sinaran lembayung or ultra violet banyak.

Gambar ini adalah anak aku yg baru berusia 5 hari, kuning naik tinggi 315.
Terpaksa warded. Petua2 ini belum sempat aku praktikkan kerana tak sangka tetiba anak kene masuk wad..insyallah semua akan selamat..kesian, berkaca juga mata jantan ni tengok anak menangis macam tu.. Itu belum air mata umi Zahra yang sememangnya air mata tak pernah berhenti sejak Zahra kene warded..

Doa itu senjata mukmin, begitu juga doa ibu bapa kepada anak2..

Ya Allah semoga Khadeeja Nur Zahra sembuh dan diberikan kesihatan yang bagus.. Amin

Posted with WordPress for BlackBerry.

02.12.2011, Bersyukur kehadrat ilahi kerana anak ku selamat lahir ke alam nyata.. Setelah 3 1/2 hari Umi nya bersabar menahan sakit, Baby ini bernama ‘Khadeeja Nur Zahra’, dilahirkan pada jam lebih kurang 1030H hari Jumaat di awal bulan Awal Muharam 1413 hijrah.. Alhamdulillah, semoga anak ini menjadi insan yang bertakwa dan soleh.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Sebelum ini aku cuma mendengar dari mulut or dari bahan bacaan.. Tp kali ini aku sendiri alami..walaupun bukan aku yang melaluinya secara nyata tapi aku tetap terasa keperitannya.. ‘Syurga di bawah telapak ibu’.. Pasti ramai tahu dikalangan pembaca blog ini yang selalu mendengar ayat itu.. Ustaz/ustazah kita selalu pesan begitu..

Hal ini bermula dari kelahiran lagi, kemudian baru menjalani begitu banyak proses sehingga dewasa..kesakitan yang ditanggung semasa proses kelahiran begitu berat hingga terpecik peluh sejuk tanpa sedar.. Walaupun begitu kaum hawa ini sangat kuat dan cekal sebenarnya, walaupun sakit semasa kelahiran tetapi tetap akan mengulangi kesakitan itu lagi untuk beberapa kali..

Bukan kah itu satu jihad? Ya jihad bagi yang beragama Islam. Insyallah syurga bagi ibu yang meninggal semasa kelahiran anaknya.. Dari sini pun kita boleh tafsir betapa besar pengorbanan seorang ibu..

Oleh itu bagi kita yang masih punya Ibu/bapa cubalah hargainya sepenuhnya jasa dan khidmatnya selama ini.. Memang tak terbalas walaupun disogok wang ringgit yg banyak sekalipun, setidak2 or selemah iman pun doa padanya jgn dilupa.. Begitu juga pada kita yang mengharap anak kita kelak akan lakukan perkara yang sama..

Sesungguhnya doa anak yang soleh sampai kepada kita apabila mati kelak..insyallah

Posted with WordPress for BlackBerry.

Salam sejahtera.. Lama juga tak update blog ni, kebetulan malam ni mmg malam yang sangat free sbb tengah tunggu wife dalam wad bersalin, so sekarang lepak dalam kereta sorang2.. Nak tido tak boleh..berjaga pun boring juga tak buat apa2.. So update lah sikit blog ni..merapu sikit2.. Minum nescafe tarik pun dah kat depan hospital ni tadi, manis sangat pulak air dia.. Nak lepak dalam wad tak boleh.. Jadi lepak dalam kereta lah kat sepital ni mana tau ada emergency ke pape..

Insyallah esok kalau tiada aral melintang aku akan dapat anak yang pertama, mudah mudahan Allah permudahkan lah segalanya.. Sampai tahap ini aku tak boleh tolong apa2 lagi.. Kecuali doa sebagai suami yang mengharapkan semuanya berjalan lancar.. Sokongan dan tazkirah aku dah sampaikan pada isteri semoga lekat diingatannya.. Apa yang aku harapkan cuma, kedua2 insan tersayang ini selamat dan mudahan doa aku di makbulkan Allah swt..walaupun sekarang aku demam tapi bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’… Aku tetap tunggu dan terus menunggu.

Nice song, nice voice & nice meaning, aku rasa terkesan jugamenghayati lagu ni.. aku maksudkan harmoni yang kita cari jika tiada perpaduan memang takkan tercapai walau sejauh atau sekuat mana pun kita berjuang mustahil akan tercapai..

Semuanya telah menjadi sejarah, mana yang baik atau yg buruk dah lama tinggal, tak perlu kita nak ungkit siape yang benar siapa yang salah, bersyukur lah apa yang kita nikmati sekarang ini, perjalanan bermula sekarang ini dan semua nya terbentang luas untuk kita kecapi demi masa hadapan.

Kita semua rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan dan kaum2 minoriti yang lain.. Masyarakat Cina dan India walau pun bukan berasal dari tanah melayu tetapi searang juga sudah menjadi warganegara Malaysia, jadi sama2 lah kita berkongsi keamanan, kuasa politik dan tampuk pemerintahan teraju lah dengan perpaduan dan aman supaya pecahan keadilan dapat dinikmati bersama2. adalah mustahil untuk menghalau mereka dari sini kerana mereka juga penyumbang kepada kekayaan negara dan keamanan. Cuma jangan lah disentuh hak2 exclusive Melayu sebagai kaum peribumi dan asal usul tanah melayu.

Tiada halangan untuk bangsa Cina or india or lain2 memajukan hidup di Malaysia.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.